Mrs. A Join Team Zumba Office - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mrs. A Join Team Zumba Office

1 Februari 2023

Mrs. A Join Team Zumba Office

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A join team zumba office. Actually dari November tahun lepas bila team zumba diwujudkan Mrs. A cakap nak join tapi sampai ke sudah none hado. Mula tahun baru 2023 ini bila team zumba up semula siapa nak join zumba terus Mrs. A on lagipun terasa badan macam dah naik sebabnya seluar dah banyak yang ketat tang peha huhuhuu...

Actually Mrs. A kurang minat dengan zumba ni. [Ssshhh... 🙊 tahu dek team zumba mampuih!] Mrs. A lebih suka bersukan bola jaring [SINI] ataupun berlari a.k.a slow jog [SINI] ataupun briskwalk. Tapi tulah takde gang huhuhuuu. Buat masa ini yang ada zumba aje untuk aktiviti bersosial yang ada eh! hahahaaa...

Petang semalam selepas habis waktu kerja. Mrs. A tukar baju siap-siap then terus ke bilik latihan ya di situlah tempat team zumba berzumba. Dekat aje iaitu di wing sebelah. Adehhh! berdebar-debar pulak rasanya al-maklumlah new bie compare dengan mereka yang dah pro tu. Tapi mujurlah ada seorang lagi new bie sama department dengan Mrs. A oklah ada gang new bie hiks!

Mrs. A join team zumba office.

zumba
Selepas berzumba kita bergambar

Zumba
Bergambar adalah 'attendance' kata depa 😂

Ini adalah pengalaman pertama Mrs. A betul-betul ikut berzumba. Mula lebih kurang pukul 5.30 dan berhenti dalam pukul 6.15 petang. Pheww! penat uols mungkin sebab dah lama tak bersenam. Sebelum ini Mrs. A selalulah tengok video-video yang team zumba share di group tengok macam enjoy je menari-nari dengan pelbagai genre lagu 💃💃💃. Takdelah terfikir penat macam berjogging atau bernetball tu sekali bila join semalam tu adehhh! penat juga kekdahnya. Itupun dah siap pesan dengan coach jangan bawa lagu rancak sangat dan step heavy sebab  I is newbie hahahaaa...

So kesimpulannya Mrs. A dah tersuka so esok kalau ada nak join lagi. Team zumba office ini jadual berzumba mereka 2 kali seminggu. InSyaAllah esok kalau ada rezeki, kita berzumba lagi.



19 ulasan:

  1. Best zumba ni sambil bergerak ikut alunan muzik. Badan pun sihat!

    BalasPadam
  2. Zumba ni seronok...tapi tu la SA plak xde geng...

    BalasPadam
  3. hehehe best la ni klu ada geng zumba... syiok juga ! kat opis pun ada juga xtvt cmani tp tau2 je la bapak ramai yang join hahaha... pastu terfollow lagu nya laju2 gila hahah

    BalasPadam
  4. Bestnya dapattt berzumba ni!! Saya pun nak start start exerciseeee

    BalasPadam
  5. Bestnya ada gang nak bersosial gini hehe... Kalau takde geng tu segan huhu

    BalasPadam
  6. Hehe mula-mula tidak minat, ini sudah jauh cinta pula.

    BalasPadam
  7. Antara zumba dan poco-poco ....keduanya sangat bagus untuk disertai...pastikan tiada golongan lelaki masuk kawasan hehehehe

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Best kan mrs. A ! Selalu2 lah join tau mst lepasni Mrs.A akan expert step2 tu. Hehehehe

    BalasPadam
  10. Bagus tu, Mrs. A. Kalau buat selalu, boleh kurus. Setiap sesi, bakar banyak kalori.

    BalasPadam
  11. Mcm seronok tgk org zumba.. semoga istiqamah mrs A!! All the best

    BalasPadam
  12. kak, Cuya ada emel dekat emel mrs.a blog tu..nnti akk check ya

    BalasPadam
  13. seronok jg, lepas kerja boleh exercise..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©